ASSALAMU'ALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Kami menyediakan perkhidmatan Berbekam secara moden hasil gabungan perubatan islam dan teknik akupuntur dari negara cina. Walaupun sudah beribu tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.

Rabu, 16 April 2014

Amalkan Bekam Sunnah, Selamat dan Berkat. Insya Allah!

Bekam merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. semasa hayat baginda . Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih. Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya, malahan ia diredhai oleh Allah SWT.
"Berbekam" kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.
Hadis yang berasal dari Ibnu Abbas dalam shohih al-Bukhari, Ath-Tibb,Juz1,hal 5680 yang bererti  dalam sabda Nabi bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu , sayatan alat bekam dan bakaran api (Al-Khayy), "Sesungguhnya aku  melarang umatku melakukan pembakaran dengan api.” 

Nabi Muhammad S.A.W. juga pernah bersabda dalam hadisnya yang bererti bahawa sebaik-baik Perawat ialah Pembekam.

Marilah kita beramal dengan berbekam sunnah . Kembalilah kepada rawatan Islam yang sebenar . Sesungguhnya amalan bekam sunnah mempunyai banyak nas-nas sahih berdasarkan hadis-hadis nabi. Biarlah kita beramal sesuatu yang mempunyai sandaran yang kukuh ; iaitu tidak lain dan tidak bukan daripada seorang insan yang kamil lagi siddiq , Nabi Muhammad S.A.W. melalui hadis-hadis baginda . Janganlah kita berbuat sesuatu amalan dalam hal berubat tanpa ada sandaran  yang benar (sahih ) .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan