ASSALAMU'ALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Kami menyediakan perkhidmatan Berbekam secara moden hasil gabungan perubatan islam dan teknik akupuntur dari negara cina. Walaupun sudah beribu tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.

Rabu, 16 April 2014

Peraturan Dan Kekerapan Berbekam.

  • Anda dianjurkan tidak makan selama 30 minit sebelum melakukan bekam dan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam untuk 2 jam berikutnya.
  • Bagi orang sihat, anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam  seminggu sekali untuk tiga kali sesi.

Waktu Dan Tarikh Yang Digalakkan Berbekam Darah.

  • 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah    kotor berkumpul maksimum dalam badan.
  • Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
  • Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan