ASSALAMU'ALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Kami menyediakan perkhidmatan Berbekam secara moden hasil gabungan perubatan islam dan teknik akupuntur dari negara cina. Walaupun sudah beribu tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.

Rabu, 16 April 2014

Apakah Itu Bekam?

Bekam ialah istilah Melayu yang bermaksud “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Ingeris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.
Bekam Darah (Bekam Sunnah) ialah proses membuang darah toksin dari dalam tubuh melalui permukaan kulit sebagai organ terbesar manusia. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh. Bekam Angin adalah satu kaedah yang amat digemari oleh kaum cina, kaedah bekam ini menggunakan set bekam bagi menyedut angin dari permukaan kulit untuk menghilangkan kelesuan badan serta mampu meringankan badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan