ASSALAMU'ALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.

Kami menyediakan perkhidmatan Berbekam secara moden hasil gabungan perubatan islam dan teknik akupuntur dari negara cina. Walaupun sudah beribu tahun, bekam masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia hari ini khususnya dikalangan masyarakat Arab, Melayu dan Cina.

Rabu, 16 April 2014

Sebagai perawat Islam dan juga Pembekam Sunnah , sesungguhnya kami amat berbangga menjadi umat baginda Nabi Muhammad S.A.W. dan beramal dengan sunnahnya ; iaitu Bekam Sunnah . Sebagai umatnya kita seharusnya menegakkan sunnah-sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Jadikanlah amalan bekam sunnah sebagai amalan kebajikan kita . Ia paling baik dilakukan pada setiap bulan sekali . Selain daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang wajib seperti sembahyang , puasa di Bulan Ramadan , zakat wajib dan haji wajib ; kita dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. untuk berbekam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan